PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM 2000

1. Mukadimah

Dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, perlu ada satu aktiviti yang menuju ke arah ini. Menyedari hal ini maka amat wajarlah ia dilaksanakan sepanjang masa dan berterusan. Murid-murid diajar mengenali pencipta mereka, menghayati tarbiyah daripada Nabi, taat kepada perintah Allah, menghayati ajaran Islam dan memupuk nilai-nilai Islam melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2. Matlamat

Panitia Pendidikan Islam berhasrat menerapkan nilai-nilai Islam kepada semua murid melalui pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain daripada itu, panitia juga berhasrat melahirkan insan dan khalifah Allah yang bertaqwa melalui pendidikan dan kemahiran Fardhu Ain.

3. Objektif

3.1

Memperoleh asas keimanan yang kukuh berdasarkan Rukun Islam dan Rukun Iman

3.2

Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia

3.3

Mempelajari dan menceritakan Sirah Nabi Muhammad S.A.W

3.4

Melakukan amal ibadat dengan sempurna, berbuat baik, dan menjauhi segala larangan Allah

4. Sasaran

Semua murid SKBH

5. Jangkamasa

Sepanjang tahun

6. Cara Pelaksanaan

6.1

Membaca doa penerang hati setiap kali memulakan pelajaran

6.2

Membaca doa setiap kali perhimpunan

6.3

Membaca dan menasyidkan Asma Ul-Husna pada setiap Jumaat jam 7. 20 pagi

6.4

Bacaan tambahan - di papan buletin Panitia Agama Islam di setiap kali perhimpunan

6.5

Solat Zohor berjemaah mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan di surau sekolah

6.6

Menyambut Hari Kebesaran dalam Islam

6.6.1

Maulidur Rasul

6.6.2

Awal Muharram ( Bubur Asyura )

6.7

Minggu Panitia Pendidikan Islam

6.8

Celik Al-Quran

6.9

Solat Hajat dan Bacaan Yasin