KATA ALUAN

Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Melaka dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri yang telah banyak membantu pihak sekolah memulakan Laman Web sekolah ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatan kuasa Data dan Maklumat sekolah iaitu sekumpulan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir yang sungguh berdedikasi yang telah bekerja tanpa penat lelah untuk mengumpulkan data dan maklumat demi mengemaskinikan Laman Web ini.

Justeru itu, diharapkan kejayaan untuk mewujudkan Laman Web ini dapat memenuhi visi dan misi terhadap pendidikan anak murid Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, khususnya di era teknologi maklumat dalam dunia tanpa sempadan.

Semoga masyarakat akan dapat lebih mengenali serta mencintai sekolah ini melalui Laman Web sekolah; agar ini akan merupakan pembuka tirai era IT terhadap kecemerlangan di sekolah ini.

Semoga anak-anak didik kami, guru-guru serta masyarakat yang menghargai arus perkembangan teknologi maklumat ini boleh mendapat manfaat serta saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

Rosalind Chan Leng Neo,
Guru Besar,
SK. Bandar Hilir, Melaka
 
 

[ kata aluan ] [ sejarah sekolah ] [ profil ] [ staf ] [ kurikulum ] [ hal ehwal murid ]
[ kokurikulum ] [ takwim ]