PROGRAM BERSIH, SIHAT DAN CERDAS

1. MUKADIMAH

Selaras dengan perkembangan pendidikan yang begitu mencabar turut menuntut pihak pendidikan menitikberatkan soal kebersihan, kesihatan dan kecerdasan murid dari segi fizikal dan mental untuk mewujudkan generasi yang sihat, cergas dan cerdas.Oleh itu pihak sekolah memperkenalkan Program Bersih, Sihat dan Cerdas.Program ini bertujuan melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitarannya.Di samping itu diharapkan semoga program ini dapat membantu pihak sekolah mencapai hasrat dan cita-citanya untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir sebuah sekolah yang bersih, kemas dan ceria.

2. OBJEKTIF

2.1

Memastikan kawasan sekolah dan kelas sentiasa bersih dan kemas

2.2

Menerapkan nilai kebersihan kepada murid

2.3

Memupuk perasaan cintakan kepada kebersihan dan sayang kepada sekolah

2.4

Memastikan makanan sentiasa bersih dan selamat

2.5

Memastikan pengurusan kantin berjalan lancar

2.6

Memastikan kawasan persekitaran sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes

3. MATLAMAT

3.1

Membentuk individu yang cintakan kebersihan fizikal dan rohani

3.2

Melahirkan individu yang bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitarannya

4. STRATEGI

4.1.1

Mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa

4.1.2

Menghadiri mesyuarat HEM

4.1.3

Menyediakan laporan dan penilaian

4.1.4

Mengadakan jadual tugas untuk AJK

4.2 Penglibatan khusus Jawatankuasa Program Bersih, Sihat dan Cerdas

4.2.1

Jawatankuasa Kecerian dan Kebersihan

4.2.2

Jawatankuasa Kantin

4.2.3

Jawatankuasa Anti Denggi

5. JAWATANKUASA PROGRAM BERSIH , SIHAT DAN CERDAS

Penasihat

Pn. Rosalind Chan Leng Neo

Pengerusi

Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad

Setiausaha

Pn. Maslena bte Shahari

AJK

Pn. Norhayati Seman
Pn. Zamzura bte Azis
En. Illangovan
Pn. Rozinah bte Md Jizat

6. AKTIVITI

6.1

Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

6.2

Gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekolah

6.3

Penyeliaan kebersihan kantin

6.4

Menceriakan kantin dengan doa, gambar dan cogankata

6.5

Mengawasi kawasan persekitaran supaya bebas daripada pembiakan nyamuk aedes

7. JADUAL PELAKSANAAN

Sepanjang tahun

8. PENILAIAN

8.1

Merekodkan hasil penyeliaan dalam buku penyeliaan

8.2

Pemeriksaan kawasan sekolah, kantin dan bilik darjah dari semasa ke semasa

9. SASARAN

Semua murid