PROGRAM BIJAK SIFIR

 

RASIONAL

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan TEKNOLOGI MAKLUMAT , kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran amatlah dititikberatkan.

MATEMATIK merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi ( tambah, tolak, darab, dan bahagi ) sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.

Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang berkandung dalam program ini dapat melahirkan warga SKBH yang PINTAR SIFIR.
 

MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar dalam fakta asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
 
 

OBJEKTIF

1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan 
    cepat dan tepat

2. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan

3. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian daripada hidup

4. Zero defect – murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik
 

SASARAN

Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2
 

JANGKA MASA

Sepanjang tahun dan berterusan
 

STRATEGI DAN CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Projek 7.30

1.1 Latihan congak atau fakta asas secara lisan diadakan setiap hari kecuali 
      Jumaat bermula 7.30 hingga 7.45 pagi

1.2 Murid disusun secara berpasangan ( seorang murid telah menguasai dan 
      seorang murid kurang menguasai fakta asas matematik ) . Guru bertugas 
      tentukan fakta asas Matematik yang perlu dibaca.

1.3 Murid yang telah menguasai fakta asas Matematik membaca di hadapan 
     rakan dan kemudian membantu rakan membaca fakta asas matematik
 

2. Menguji kecekapan dan kemahiran Fakta Asas Matematik

   2.1 Setiap murid dimestikan mempunyai sebuah buku log untuk kegunaan 
         latihan congak

   2.2 Guru Matematik menggunakan 5 hingga 10 minit waktu pengajaran untuk 
         menguji kecekapan secara lisan atau kemahiran bertulis

   2.3 Guru dan murid menyemak bersama-sama. Guru catatkan skor yang 
         diperolehi oleh murid

   2.4 Guru mengumpulkan skor murid, buat analisis dan hantar laporan kepada 
         Ketua Panitia sebulan sekali,

3. Menghafal Fakta Asas Matematik secara cepat

    3.1 Setelah menguasai fakta asas terutama sifir, guru boleh memperkenalkan 
          cara menguasai sifir secara lebih cepat.
          Contoh : SISTEM SENSOR

4.    Membina Kad Sifir dan Carta Sifir

      4.1 Guru membina carta sifir di dalam kelas tanpa jawapan dan boleh 
            menggunakannya sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran

      4.2 Membina carta sifir tanpa jawapan di kawasan rehat Tahap 1 oleh
            guru-guru Matematik Tahap I dan di wakaf PIBG oleh guru-guru 
            Tahap II
 

HALANGAN

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan

2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain

3. Murid sampai lewat ke sekolah

4. Murid kerap tidak hadir
 

PENYELESAIAN

1. Pengurusan masa

2. Adakan ganjaran

3. Pengagihan tugas kepada guru-guru
 
 

JADUAL  PERLAKSANAAN

1. Membaca fakta Asas
    Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula 7.30 – 7.45, murid 
    membaca sifir dan fakta asas di tempat yang telah ditentukan.

2. Latihan congak secara lisan dan bertulis – guru-guru Matematik mengambil 
    masa 5 – 10 minit untuk menguji kecekapan secara lisan dan kemahiran 
    secara bertulis setiap  hari.

3. Membina kad sifir dan carta sifir – bulan Januari dan Februari semasa mata 
    pelajaran Matematik – 1 kali seminggu

4. Minggu Matematik – 1 minggu dalam setahun – ikut taqwim sekolah

5. Semakan semasa buku log murid oleh guru-guru Matematik setiap hari

6. Semakan Berkala buku log guru Matematik sebulan sekali oleh Ketua Panitia
 

SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan sekolah

2. Sumbangan perseorangan
 
 

ALATAN

1. Buku log
    1.1 murid
    1.2 guru
2. Alat tulis
3. Papan `Plywood’
4. Cat
5. Berus Cat
6. Manila Kad

PENILAIAN

1.   Semakan semasa – guru Matematik

2.   Semakan Berkala – Ketua Panitia

3.   Pertandingan Kira Cepat

4.   Kuiz Matematik

 

[ bahasa melayu ] [ bahasa inggeris ] [ matematik ] [ agama islam] [ sains ]
[ panduan penilaian ] [ analisa upsr ] [sub-kurikulum ]