PROGRAM " MASIH ADA YANG SAYANG "

1. MUKADIMAH

Bidang pendidikan yang berkembang pesat menuntut para pendidik agar menoleh ke belakang dan menyelidik pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek emosi, intelek, rohani, jasmani, maka Program " MASIH ADA YANG SAYANG" ini diwujudkan. Adalah diharapkan agar program ini dapat membantu para pelajar yang bermasalah dan kurang berkemampuan, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar-pelajar yang lain.

2. OBJEKTIF

2.1

Membentuk nilai-nilai murni dan positif agar mereka tidak rasa tersisih dengan rakan-rakan sebaya

2.2

Menggalak dan menyubur minat murid-murid terhadap sesuatu perkara yang positif

2.3

Menanamkan sikap sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi

2.4

Memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga tentang pentingnya tanggungjawab mereka memastikan anak-anak mendapat belaian kasih sayang dan didikan yang secukupnya

3. MATLAMAT

3.1

Membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani

3.2

Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkebolehan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

4. STRATEGI

4.1

Mengenalpasti murid-murid yang

4.1.1

kurang berkemampuan dari segi material

4.1.2

tidak berayah atau beribu atau kedua-duanya

4.1.3

lemah dalam pelajaran

4.1.4

mempunyai perwatakan yang pasif dan agresif

4.1.5

latarbelakang keluarga yang bermasalah

4.2

Penglibatan khusus:

4.2.1

Badan Kebajikan

4.2.2

Bimbingan & Kaunseling

4.2.3

Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah

5. JAWATANKUASA PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Penasihat

Pn. Rosalind Chan Leng Neo

Pengerusi

Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad

Setiausaha

Pn. Norazah bte Daud

Naib Setiausaha

Pn. Rahimah bte Din

AJK

Pn. Goh Chin Guan
En. Hashim Abdul Rahman
Pn. Mudliffah bte Farouk
Cik Zamiah bte Mahid
Pn. Anita Suhaini bte Mohamad
Pn. Fairos bte Ariffin

6. AKTIVITI

6.1

Memastikan mereka menyertai rancangan makanan tambahan / Program Susu Sekolah

6.2

Membantu membayar yuran sekolah

6.3

Menyalurkan bantuan pakaian seragam dan buku-buku tambahan

6.4

Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa

6.5

Mengadakan kaunseling berkelompok

6.6

Mengadakan program sandaran

7. JADUAL PELAKSANAAN

Sepanjang tahun

8. PENILAIAN

8.1

Analisa keputusan ujian

8.2

Keputusan rekod pertumbuhan murid

8.3

Laporan dan aduan guru-guru tentang tahap pencapaian murid

9. SASARAN

Lebih kurang 50 orang pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6