PROGRAM MATEMATIK 2000

1. Mukadimah

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan TEKNOLOGI MAKLUMAT, kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran intelek dititikberatkan. Matematik merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi sebahagian daripada kehidupan kita. Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam program ini dapat melahirkan insan yang pintar.

2. Matlamat

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar dalam Fakta Asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

3. Objektif

3.1

Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tepat

3.2

Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan

3.3

Menanamkan sikap yakin diri terhadap pelajaran matematik

3.4

Melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis

3.5

Melahirkan rasa minat dan seronok terhadap mata pelajaran Matematik

3.6

Menghasilkan pencapaian keseluruhan murid dalam ujian bulanan dan peperiksaan

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

5. Jangkamasa

Sepanjang tahun dan berterusan

6. Strategi dan Cara Pelaksanaan

6.1

Menyediakan sudut Matematik yang menarik di bilik darjah

6.2

Menggalakkan murid menghafal sifir / fakta asas

6.3

Menggunakan Alat Bantuan Mengajar ( ABM ) dalam pengajaran dan pembelajaran

6.4

Mempelbagaikan teknik pengajaran & pembelajaran untuk memupuk minat dan pemahaman murid

6.5

Mengadakan perbincangan dan perjumpaan antara guru-guru Matematik sealiran setiap bulan secara formal atau tidak formal

6.6

Mengikut Program TV Pendidikan

6.7

Pengajaran secara praktikal untuk tajuk-tajuk seperti ukuran panjang, timbang berat, isipadu cecair , dan masa dan waktu

6.8

Mengadakan ujian formatif selepas setiap tajuk

6.9

Mengesan murid yang lemah dan bermasalah untuk mengikuti kelas pemulihan

6.10

Mengadakan kelas tambahan untuk murid Tahun 6