PROGRAM PENDIDIKAN MORAL 2000

2. Mukadimah

Selaras dengan perkembangan pendidikan yang begitu mencabar turut menuntut pihak pendidik menitikberatkan soal disiplin, tingkah laku, kebersihan dan moral untuk mewujudkan generasi yang berguna terhadap negara. Oleh itu, pihak sekolah memperkenalkan Program Pendidikan Moral. Semoga program ini boleh melahirkan individu yang bertanggungjawab, berdisiplin, bersih dan bermoral dan mencapai hasrat dan cita-cita untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir sebuah sekolah yang bermoral tinggi.

2. Matlamat

2.1

Untuk mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan murid-murid semasa belajar dan bermain

2.2

Untuk memperbaiki dan mempertingkatkan disiplin agar murid-murid sentiasa berkelakuan baik

2.3

Menyemai nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid. Contohnya sikap hormat-menghormati, belas kasihan, kasih-sayang, jujur, bertolak ansur dan lain-lain

2.4

Menanamkan semangat bekerjasama sesama sendiri

3. Objektif

Untuk membolehkan murid-murid mengenali, memahami dan mengamalkan nilai-nilai yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid

5. Strategi

5.1

Membuat pendedahan dengan aktiviti-aktiviti yang jelas, menarik dan sistematik

5.2

Memperbanyakkan latihan dan tunjuk cara yang tersusun

5.3

Penggunaan bahan bantuan yang relevan dan sesuai bagi mempastikan keberkesanan

5.4

Pendedahan amali secara terus dan terangsang melalui pertandingan juga penyertaan aktiviti-aktiviti sekolah

6. Aktiviti

6.1

Pemeriksaan kuku, rambut, gigi, pakaian dan kasut ( kebersihan diri )

6.2

Menyediakan papan kenyataan Pendidikan Moral untuk poster, risalah, brochure dan carta

6.3

Persembahan seperti nyanyian, cerita dan lain-lain

6.4

Gotong-royong

6.5

Minggu Pendidikan Moral

6.6

Peraduan melukis gambar

6.7

Kuiz antara kelas

6.8

Program Celik Nilai-nilai Moral

7. Jadual Pelaksanaan

Sepanjang tahun

8. Sumber Kewangan

8.1

Peruntukan Sekolah

8.2

Penaja-penaja

9. Penilaian

9.1

Merekodkan hasil penyeliaan dalam buku penyeliaan

9.2

Pemeriksaan buku latihan murid, bilik darjah, soal jawab dari masa ke semasa