1.
PENDAHULUAN
|
Rancangan Kesihatan Sekolah
( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga
tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara
khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan
dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar
RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan
kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996,
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek "
Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu
Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini
adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa
Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan
Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya
RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program
Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan
dengan kesihatan sekolah.
|
2. RASIONAL
|
Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah
Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :
2.1
|
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah
sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu
program bersepadu
|
2.2
|
Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel ,
inovatif dan kreatif serta menjurus kepada
keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan
semasa
|
2.3
|
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan
yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di
kalangan warga sekolah
|
2.4
|
Keperluan untuk mewujudkan satu program
bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat
dinilai keberkesanannya
|
2.5
|
Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan
kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat
dalam menangani isu kesihatan
|
|
Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah
amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program
yang terancang dan bersepadu
|
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang,
dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah
sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan
rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti
|
3. MATLAMAT PBSS
|
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat,
sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
|
4. VISI PBSS
|
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif
|
5. MISI PBSS
|
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan
kesihatan
|
6. OBJEKTIF PBSS
|
Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat
6.1
|
Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah
|
6.2
|
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah
yang bersih, ceria , selamat dan sihat
|
6.3
|
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang
menggalakkan amalan cara hidup sihat
|
6.4
|
Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang
berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga
sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan
kesihatan diri, keluarga dan masyarakat
|
6.5
|
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti
di dalam program kesihatan sekolah
|
6.6
|
Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
bagi
6.6.1
|
Menilai taraf kesihatan murid
|
6.6.2
|
Memberi khidmat rawatan dan rujukan
|
6.6.3
|
Menggalakkan bimbingan dan kaunseling
berdasarkan keperluan dan masalah
kesihatan murid
|
6.6.4
|
Memberi penjagaan / rawatan kecemasan
terhadap penyakit-penyakit di sekolah
|
6.6.5
|
Mencegah dan mengawal kejadian
penyakit
|
6.6.6
|
Mengenalpasti, merujuk dan membantu
penempatan kanak-kanak kurang upaya
|
|
|
7. TERAS UTAMA
PBSS
|
Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan
satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor
swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat
adalah seperti berikut:
7.1
|
Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber
mempromosikan kesihatan
|
7.2
|
Persekitaran Fizikal Sekolah
|
7.3
|
Persekitaran Sosial Sekolah
|
7.4
|
Penglibatan Komuniti
|
7.5
|
Kemahiran Kesihatan Diri
|
7.6
|
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
|
|
8. PELAKSANAAN
|
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan
masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan
kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak
formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa
mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah
hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat
dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa
PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan
pasukan kesihatan.
Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir
Penasihat
|
Pn. Rosalind Chan Leng Neo
|
Pengerusi
|
Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad ( GPK HEM )
|
Setiausaha
|
Pn. Maznah Adam
|
AJK
|
Pn. Rozinah bte Mat Jizat
Pn. Goh Chin Guan
En. Chee Kiow Wee
En. Shahrani Tawil
Pn. Norazah bte Daud
Pn. Rahimah Din
Pn. Zamzura Azis
En. Kamarudin Abu Hassan
Pn. Siti Eisah bte Songip
En. Ilangovan
Pasukan Kesihatan Sekolah
Pasukan Kesihatan Gigi
|
|
9. PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN
|
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam
mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang
berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan
:
9.1
|
Rekod Kesihatan Murid
|
9.2
|
Rekod Rancangan Makanan Tambahan
|
9.3
|
Laporan Bulanan
|
9.4
|
Laporan Tahunan
|
9.5
|
Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih
|
|
10. PENUTUP
|
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan
kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi
teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara.
Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS
dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat
yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.
|