PROGRAM PENGHAYATAAN SENI-
KREATIVITI DAN SENSITIVITI

1. Mukadimah

Pendidikan Seni adalah satu cabang pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid-murid. Ia berperanan memupuk minat dan bakat dalam diri pelajar terhadap keindahan seni itu sendiri dan hubungkaitnya dengan alam sekeliling. Untuk itu, adalah diharapkan program ini dapat menghasilkan murid-murid yang kreatif dan sensitif terhadap seni.

2. Matlamat

Pendidikan Seni bertujuan untuk memupuk asas kemahiran seni bagi melahirkan murid yang harmonis, kreatif dan produktif, peka terhadap nilai seni dalam kehidupan budaya dan alam sekitar

3. Objektif

3.1

Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membina,dan membuat kraf

3.2

Menghubungkaitkan idea-idea dan maklumat melalui kegiatan seni

3.3

Melatih murid membiasakan diri membuat aktiviti seni secara teratur, cermat dan selamat

3.4

Mengetahui istilah dan laras bahasa seni serta menggunakannya dalam kegiatan operasi

3.5

Memahami dan menggabungkan pelbagai teknik dalam menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif

3.6

Mengamalkan perbincangan dengan guru dan rakan dalam membuat perancangan sesuatu kegiatan seni

4. Sasaran

Semua murid

5. Jangkamasa

Sepanjang tahun

6. Jadual Pelaksanaan

6.1

Masa Pendidikan Seni yang ditetapkan dalam jadual

6.2

Minggu Pendidikan Seni

7. Sumber Kewangan

7.1

Peruntukan sekolah

7.2

Hasil jualan kerja murid

8. Penilaian

8.1

Pertandingan

8.2

Semakan semasa ( guru-guru Pendidikan Seni )

8.3

Pameran

9. Strategi dan Aktiviti


9.1 Tahun 1

9.1.1

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan

9.1.2

Tunjukcara dari guru dengan menggunakan bahan yang berkaitan dengan tajuk

9.1.3

Mengadakan pertandingan mewarna di antara kelas

9.1.4

Membuat rekaan dan corak

9.1.5

Lawatan sekitar sekolah - memperkenalkan alam sekeliling

9.1.6

Mempamerkan hasil kerja murid yang terbaik di dalam kelas

9.1.7

Membuat binaan yang mudah dari bahan terbuang

9.1.8

Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar yang mudah


9.2 Tahun 2

9.2.1

Pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan

9.2.2

Tunjukcara dari guru

9.2.3

Penilaian

9.2.4

Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar

9.2.5

Membuat rekaan dan corak

9.2.6

Mengadakan pertandingan antara kelas-kelas

9.2.7

Mengadakan pertandingan sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid

9.2.8

Membentuk binaan yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan terbuang

9.2.9

Membuat benda-benda berunsurkan kraf tradisional

 
9.3 Tahun 3

9.3.1

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan di dalam kumpulan

9.3.2

Tunjukcara dan penerangan dari guru menggunakan gambar, model atau bahan yang sesuai

9.3.3

Penilaian yang berterusan

9.3.4

Mengadakan kegiatan melukis dan membuat gambar

9.3.5

Membuat rekaan dan corak

9.3.6

Menyertai Pertandingan Melukis

9.3.7

Mewujudkan Sudut Seni untuk mempamerkan hasil kerja murid 

9.3.8

Mengadakan aktiviti seni yang menggunakan bahan-bahan terbuang


9.4 Tahun 4

9.4.1

Menumpukan dan melatih menguasai kemahiran membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris

9.4.2

Memerhati dan memahami kedudukan dan lokasi benda-benda ( objek ) yang terdapat di persekitaran tentang jarak ( jauh / dekat ), warna ( terang / gelap )

9.4.3

Mewarna gambar dengan warna yang cerah dan gelap supaya dapat membezakan jarak jauh dan dekat

9.4.5

Mengadakan kegiatan lawatan sambil melukis

9.4.6

Mendedahkan murid dengan semangat dan menilai hasil seni

9.4.7

Membuat penilaian daripada hasil kerja yang berterusan

9.4.8

Mempamer dan membincangkan hasil kerja


9.5 Tahun 5

9.5.1

Mengadakan sudut-sudut seni di dalam kelas

9.5.2

Mengambil bahagian dalam pertandingan seni di peringkat sekolah dan luar sekolah

9.5.3

Mengadakan pameran hasil kerja murid


9.6 Tahun 6

9.6.1

Mengadakan sudut seni di dalam kelas untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid

9.6.2

Melukis dan membuat gambar

9.6.2.1

poster

9.6.2.2

pemandangan

9.6.2.3

kulit buku

9.6.2.4

potret

9.6.3

Membuat rekaan dan corak, bermotifkan alam semulajadi dan imaginasi murid

9.6.3.1

mozek

9.6.3.2

kolaj

9.6.3.3

lipatan guntingan

9.6.3.4

cetakan

9.6.4

Membuat binaan / kraftangan

9.6.4.1

hiasan dinding

9.6.4.2

model haiwan

9.6.4.3

kuda kepang

9.6.4.4

anyaman 3D

9.6.4.5

tembikar