PROGRAM BAHASA MELAYU 2000
PROGRAM PETAH BERTUTUR

( Penekanan pada aspek pengucapan kata bual, dialog/ ucapan )

Tahun 1

Asas Perbualan

Tahun 2

Dialog / temuramah

Tahun 3

Lakunan / Sketsa

Tahun 4

Syarahan

Tahun 5

Perbahasan

Tahun 6

Perbahasan

1. MUKADIMAH

Bahasa Melayu adalah tunggak utama dalam pendidikan di Malaysia. Bahasa Melayu merangkumi pelbagai kemahiran berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan warga pendidik melahirkan individu yang berpotensi dan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Untuk mencapai maksud tersebut satu program dibentuk dan dilaksanakan secara berterusan di samping memberi sumbangan kepada kecemerlangan akademik dan UPSR.Program ini juga dapat menyediakan satu tapak dan asas bagi setiap anak didik melangkah ke cabang yang lebih tinggi.

2. MATLAMAT

Diharapkan :

2.1

Boleh melahirkan individu yang berpotensi dalam semua kemahiran berbahasa

2.2

Dapat menyediakan pelajar yang berani dan bersedia mengeluarkan idea secara spontan dan kritis. Justeru itu melatih pelajar agar dapat menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan

3. OBJEKTIF

3.1

Menyediakan kemahiran berbahasa serta boleh menaikkan prestasi pencapaian mata pelajaran dalam setiap ujian / peperiksaan

3.2

Menyediakan pelajar yang berpotensi untuk sebarang pertandingan

3.3

Menambahkan perbendaharaan kata melalui pembacaan daripada pelbagai sumber

3.4

Pelajar peka pada isu-isu semasa

3.5

Berkeyakinan menyampaikan idea / hujah

4.SASARAN

Semua murid

5.JANGKA MASA PELAKSANAAN

Berterusan sepanjang tahun

6.CARA PELAKSANAAN

6.1 TAHUN 1 - Membina ayat mudah berdasarkan apa yang dilihat

6.1.1

Bersoaljawab secara berdialog mengenai persekitaran murid seperti keluarga, tempat tinggal dan orang-orang yang disayangi

6.1.2

Melatih murid-murid membaca ayat mudah secara berdialog

6.1.3

Melatih murid membaca dengan intonasi yang betul

6.1.4

Membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu

6.1.5

Melatih murid berdialog secara spontan mengenai sesuatu situasi

6.1.6

Melatih murid membaca petikan dialog yang disediakan dengan suara dan intonasi yang sesuai

6.2 TAHUN 2 - Mengucapkan kata bual / berdialog yang direka dalam sebutan dan
intonasi yang sesuai

6.2.1

Bersoaljawab mengenai sesuatu situasi secara berdialog ( Situasi di Kedai )

6.2.2

Membaca ayat-ayat mudah secara berdialog dengan sebutan dan intonasi yang betul

6.2.3

Melatih murid membaca petikan dialog mudah dalam sebutan dan intonasi secara kelas, kumpulan dan individu

6.2.4

Murid mengucapkan dialog secara spontan dengan intonasi yang mengikut situasi

6.2.5

Murid membuat simulasi secara kumpulan

6.3 TAHUN 3 - Bercerita tentang objek yang nyata

6.3.1

Guru menerangkan secara spontan keistimewaan sesuatu objek dan murid menceritakan semula secara spontan berpandukan cerita yang didengar

6.3.2

Bercerita berpandukan gambar tunggal atau objek sebenar secara lisan

6.3.3

Murid mengembangkan idea tentang keistimewaan atau kegunaan sesuatu objek

6.3.4

Menyusun semula cerita yang lengkap dengan susunan yang betul berdasarkan isi

6.3.5

Murid menghafal semula cerita dan mempersembahkan semula dengan gaya , sebutan dan intonasi yang betul bersama objek ataupun gambar

6.3.6

Murid mengumpul gambar-gambar objek yang diceritakan untuk dibuat buku skrap

6.4. TAHUN 4 - Berpidato ( penekanan diberikan kepada cara penyampaian)

6.4.1

Memberikan tajuk pidato

6.4.2

Mencari dan menyusun isi pidato

6.4.3

Melatih murid membuat persembahan pidato mengikut nada, intonasi, gaya dan sebutan yang betul

6.4.4

Mengadakan pertandingan antara kelas

6.5 TAHUN 5 - Pertandingan pidato dan perbahasan ( Membanding ./ membezakan
antara kedua-duanya dari aspek isi dan pengolahan ayat )

6.5.1

Guru memberikan satu tajuk pidato / perbahasan di setiap kelas

6.5.2

Setiap kelas dipecahkan kepada enam / lapan orang setiap kumpulan. Tiap-tiap kumpulan mencari isi dan huraian masing-masing

6.5.3

Kemudian ketua kumpulan membentangkan setiap isi berserta huraiannya disusun mengikut keutamaannya bagi menghasilkan satu pidato yang bermutu

6.5.4

Guru menokok tambah isi yang kurang atau yang tidak disentuh

6.5.5

Karangan pidato yang telah disiap dipersembahkan

6.5.6

Kumpulan terbaik akan mewakili kelas untuk pusingan akhir pidato

6.6 TAHUN 6 - Membina karangan pidato dan perbahasan dengan perkataan sendiri.
( penekanan diberikan pada cara persembahan pidato)

6.6.1

Memberikan tajuk pidato / perbahasan

6.6.2

Mendapatkan isi dan menyusun mengikut keutamaan serta huraiannya

6.6.3

Membina karangan pidato / perbahasan

6.6.4

Melatih murid-murid petah bertutur sebagai pembahas atau pemidato dari aspek

6.6.5

Pertandingan pidato dan perbahasan antara pelajar Tahun 6 gaya, intonasi dan kelancaran

7.JADUAL PELAKSANAAN

7.1

Waktu 30 minit pertama, hari pertama pengajaran Bahasa Melayu dalam minggu yang diperuntukkan ( bilik darjah )

7.2

Persembahan pada minggu keempat dalam setiap bulan di perhimpunan

7.3

Pertandingan bercerita dalam bulan September

7.3

Pertandingan syarahan / pidato dalam bulan Oktober

8.SUMBER KEWANGAN

8.1

Peruntukan sekolah

8.2

Sumbangan perseorangan

9. PENILAIAN

9.1

Pertandingan

9.2

Pemerhatian semasa oleh guru-guru Bahasa Melayu

9.3

Semakan berkala oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu ( sebulan sekali )

 

 

.