PROGRAM KHAS - PROGRAM CELIK SIFIR

1. Objektif

1.1

Untuk menyedarkan murid betapa pentingnya sifir dan fakta asas dalam mempelajari Matematik

1.2

Murid dapat menguasai fakta asas / sifir secara spontan

2. Sasaran

Semua murid Tahun 4 - 6

3. Masa

Sekali seminggu ( 15 minit semasa waktu Matematik )

4. Cara Pelaksanaan

4.1

Guru beri latihan sifir / fakta asas ( 30 - 40 soalan )

4.2

Murid buat dalam masa 10 minit

4.3

Guru dan murid semak

4.4

Rekodkan pencapaian

4.5

Pemulihan secara individu terhadap murid-murid yang belum menguasai

5. Aktiviti

5.1

Menyediakan Sudut Matematik yang menarik di bilik darjah

5.2

Membaca sifir dan latihtubi fakta asas

5.3

Mengadakan pelbagai aktiviti dalam Minggu Matematik

5.4

Memberi latihan yang cukup ( 15 - 20 soalan sehari )

5.5

Memperkenalkan rekreasi dalam matematik bagi menimbulkan minat pelajar

5.6

Mengadakan aktiviti atau persembahan ringkas di tapak perhimpunan pada setiap bulan

5.7

Mencongak secara lisan dan bertulis fakta asas / CEFAM - tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum memulakan pelajaran

5.8

Aktiviti pemulihan dijalankan secara individu untuk pelajar yang belum menguasai operasi +, -, x ,

5.9

Kreatif Matematik dijalankan untuk pengkayaan

5.10

Kelas Bimbingan UPSR

6. Penilaian

6.1

Berdasarkan hasil kerja murid di dalam buku latihan dan lembaran kerja

6.2

Melalui ujian formatif yang dijalankan selepas setiap topik

6.3

Melalui pencapaian murid pada ujian bulanan , peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun

6.4

Pertandingan kira cepat

7. Sumber Kewangan

7.1

Peruntukan dari sekolah

7.2

Sumbangan perseorangan