Make your own free website on Tripod.com
PROGRAM CELIK SAINS TAHUN 2000

1. Mukadimah

Malaysia sedang melangkah ke arah status negara maju. Untuk mencapai matlamat ini, banyak tenaga pekerja yang mahir khususnya dalam bidang sains dan teknologi diperlukan sebagai penyumbang dan penggerak kepada pembangunan negara. Oleh itu perlulah membentuk warganegara yang kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Kita juga akan menerapkan semangat ingin tahu, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata serta menghargai sains dan teknologi. Memandangkan matlamat Kementerian Pendidikan mencapai penyertaan 60 - 40 pelajar sains kepada bukan sains, pihak sekolah sedang menyusun satu program untuk menanamkan minat dalam sains dan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran sains. Dengan program ini diharapkan semua murid meminati sains dan celik dalam sains setelah ke sekolah menengah kelak.

2. Matlamat

Melahirkan murid yang dapat memahami dan meminati sains dan seterusnya membentuk budaya sains dan teknologi dan melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

3. Objektif

3.1

Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains

3.2

Meningkatkan prestasi pelajaran Sains di dalam UPSR

3.3

Menggunakan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis dan Kemahiran Saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran

3.4

Menggalakkan pendekatan inkuiri yang menegaskan pembelajaran melalui pengalaman

3.5

Menjadikan mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran merentasi kurikulum

3.6

Memupuk sikap ingin tahu tentang alam sekeliling dan perkembangan dunia teknologi

3.7

Memupuk dan memperkembangkan bakat murid yang berdaya reka dan memandang jauh ke hadapan

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid terutama Tahap 2

5. Tempoh Pelaksanaan

Sepanjang tahun dan berterusan

6. Cara Pelaksanaan

6.1

Melengkapkan Taman Sumber Sains

6.1.1

Menambahkan contoh tumbuhan seperti jenis herba, ulam-ulam dan sayuran

6.1.2

Penjagaan kolam ikan

6.1.3

Aviari

6.2

Maklumat sains di papan buletin

6.2.1

Mendapatkan artikel dari suratkhabar, majalah, dan poster

6.2.2

Mempamerkan hasil kerja murid

6.3

Bilik Sains

3.1

Penggunaan Bilik Sains secara teratur

3.2

Menggalakkan dan mengaplikasi kaedah-kaedah Kemahiran Proses Sains dengan betul

3.3

Penggunaan alatan dan Radas Sains

6.4

Menyertai aktiviti seperti kuiz, pertandingan poster dan buku skrap ( anjuran sekolah mahupun Jabatan Pendidikan Melaka )

6.5

Mengadakan Minggu Sains - penglibatan semua murid Tahap 2 melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan

6.5.1

Kuiz antara kelas

6.5.2

Kuiz terbuka untuk semua murid

6.5.3

Ceramah

6.6

Mengadakan lebih banyak projek sains seperti kajian lapangan, kuiz, puisi sains, folio sains dan lain-lain

6.7

Mempertingkatkan lagi interaksi antara guru dengan murid supaya pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih menarik

6.8

Mengadakan Projek Khas " Sains dan Teknologi Menuju Ke Alaf Baru "

 7. Sumber Kewangan

7.1

Peruntukan kewangan PCG Sains dan Matematik

7.2

Derma orang perseorangan

 8. Penilaian

8.1

Pertandingan kuiz

8.2

Pertandingan Buku Skrap

8.3

Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Melaka

8.4

Penyemakan rekod