PROGRAM "SAYANGI DIRI"

1. MUKADIMAH

Perkembangan di bidang pendidikan masa kini memerlukan para pendidik yang lebih peka terhadap keberkesanan pendidikan yang lebih cemerlang di dalam usaha menyediakan generasi masa depan, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Adalah diharapkan program ini berupaya membantu para pelajar yang memerlukan bantuan dari segi keselamatan dan kesihatan demi keselesaan dan kesejahteraan murid ketika di sekolah. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan agar program ini dapat membantu pihak sekolah ke arah mencapai hasrat menjadikan Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir salah sebuah " Sekolah Cemerlang" dari segi akademik dan juga kokurikulum.

2. OBJEKTIF

2.1

Memberi kesedaran kepada murid-murid agar dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan di sekolah

2.2

Memupuk nilai-nilai murni dan positif agar peraturan-peraturan keselamatan terutamanya keselamatan jalan raya dipatuhi

3. MATLAMAT

Melahirkan insan yang mempunyai kesedaran untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan dalam setiap aspek

4. STRATEGI

4.1 Memastikan

4.1.1

Pelan Keselamatan Kebakaran sewaktu berlakunya kecemasan disediakan dengan terang dan jelas

4.1.2

Menyediakan alat-alat pemadam kebakaran dan alatan "First Aid" yang mencukupi

4.2 Penglibatan khusus Kawatankuasa Hal Ehwal Murid

4.2.1

Jawatankuasa Keselamatan & Lalulintas

4.2.2

Jawatankuasa Kesihatan, Kecemasan / Rawatan

5. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat

Pn. Rosalind Chan Leng Neo

Pengerusi

Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad

Setiausaha

En. Shahrani bin Tawil

AJK

En. Tan Kwee Lim
Pn. Siti Eisah bte Songip
Pn. Maznah Adam
Cik Nor Atikhah Ali
Pekerja-pekerja sekolah

6. AKTIVITI

6.1

Ceramah kesihatan dan keselamatan oleh

6.1.1

Pihak Bomba

6.1.2

Kakitangan Kesihatan

6.2

Menghantar murid-murid yang tercedera ke klinik atau ke hospital serta membuat catatan murid yang menerima rawatan

6.3

Menerima rawatan kesihatan diri / gigi

6.4

Mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan menampal poster yang berkaitan dengannya

6.5

Mengagihkan pekerja dan guru untuk bertugas mengawal ketika murid-murid balik dari sekolah

6.6

Menyediakan buku keluar / masuk ketika murid-murid hendak keluar bersama keluarga mereka

6.7

Mengadakan latihan kawad kebakaran sekali sepenggal

7. JADUAL PELAKSANAAN

Sepanjang tahun

8. PENILAIAN

Merujuk buku laporan kesihatan / rawatan

9. SASARAN

Semua murid ( Tahun 1 - Tahun 6 )