SEJARAH SEKOLAH

 

TAHUN
LATAR BELAKANG / URUTAN PERISTIWA
1908

Nama asal bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir telah diasaskan iaitu “Malacca Government Preparetory School "

1908

Dua orang perempuan adik- beradik berbangsa Inggeris iaitu Cik Isabella Willian dan Clive William telah ditugaskan menubuhkan Darjah 1. Cik Isabell menjadi Guru Besar yang pertama dengan murid berjumlah 26 orang. Cik  Clive pula menjadi Guru Penolong Kanan. Yuran dikenakan RM 1.00

1909

Cik Isabella Willian telah meletakkan jawatan dan diganti oleh 
En. R.C. Dredge dengan bilangan murid 79 orang.

1915 

Cik Richards menjadi Guru Besar.

1916

Bilangan muridnya bertambah menjadi 105 orang.

1920

Bilangan muridnya seramai 123 orang dan dibahagikan kepada 4 kelas.

1922 

Bangunan Maktab Perguruan Melayu Melaka iaitu bangunan lama SKBH sekrang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory School “ kerana maktab tersebut telah dipindahkan di Tanjung Malim. Kemudian namanya ditukar kepada “Bandar Hilir English School "
( BHES )

1923

Bilangan murid bertambah lagi menjadikan 324 orang murid. Bayaran sekolah dinaikkan pada RM 2.00

1926

Bayaran sekolah dinaikkan pada RM 2.50 setahun.

1927-1934

Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar. Kelas khas untuk murid Melayu dibuka dengan nama “Special Malay Class”. Kebanyakan murid di seluruh negeri  Melaka datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tengkera Engliah School – untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke High School, Melaka.

1935

En. E.A.H. Ellis telah menjadi Guru Besar. Pentadbiran sekolah teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang lengkap. Kemudian En. E.W. Reeve menjadi Guru Besar. ( tarikh tidak diketahui )

1941 –1942

Jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira

 PERKEMBANGAN INSTITUSI
1922 –1950

8 bilik darjah di bangunan lama bekas bangunan MPPM digunakan

1951

2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah 
dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah bilik darjah telah dibia berdekatan bangunan asal. Bilangan murid adalah 608 orang

1960 

Bilangan murid meninglat seramai 1671 orang. Murid datang pagi dan 
petang kerana bilik darjah tidak mencukupi. Kemudian BHES telah dibahagikan pada BHES (1) dan BHES (2) iaitu sessi pagi dan petang. Tiap-tiap satu dibawah pentadbiran Guru Besar yang berlainan.

1972

Pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah lengkap 
Dengan bilik Guru Besar, pejabat, tandas dan kantin. Sekarang bangunan sekolah ini mengandungi 7 blok yang didirikan dalam kawasan 2 ekar 3 rd 25 pole termasuk padang.

SEJARAH SEKOLAH
1908 – 1922

Diberi nama “ Malacca Government Preparetory School”

1923 – 1975

Diubah pada “ Bandar Hilir English School “

1976

Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan semua sekolah Inggeris ditukar pada SRK menjadikan “ Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir”

BAHASA PENGANTAR
1908 – 1970

Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar sepenuhnya

1970

Bahasa pengantar semua sekolah kerajaan dikehendaki dalam Bahasa Malaysia. 

[ kata aluan ] [ sejarah sekolah ] [ profil ] [ staf ] [ kurikulum ] [ hal ehwal murid ]
[ kokurikulum ] [ takwim ]