Projek Khas 2000 - ' Walking Dictionary '

1. Objektif

1.1

Memperluaskan perbendaharaan kata

1.2

Menguasai kemahiran mengeja

1.3

Memperbaiki sebutan perkataan

1.4

Menambah penguasaan struktur ayat terutama sekali murid Tahap 2

2. Jangkamasa

Februari 2000 - November 2000

3. Sasaran

Tahap 1

Murid-murid Tahun 3

Tahap 2

Murid-murid Tahun 6

4. Cara Pelaksanaan

4.1

Sebagai tindakan susulan kepada ' Learn A Word A Day ', murid memilih dan menulis salah satu perkataan yang dipelajari dalam minggu itu. Kemudian murid memasukkan kertas yang ditulis dengan perkataan ke dalam sarung plastik .

4.2

Murid kelipkan sarung plastik itu pada poketnya ( seperti memakai tag nama ) selama seminggu.Murid lain digalakkan menyoal kawannya mengenai sebutan, ejaan dan makna perkataan tersebut. Untuk murid Tahap 2, mereka digalakkan untuk membina ayat menggunakan perkataan tersebut

4.3

Pada masa perhimpunan, beberapa orang murid dipanggil untuk menyebut, mengeja dan menerangkan makna perkataan tersebut sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dan seterusnya membina ayat bagi murid Tahap 2

4.4

Selepas seminggu, murid menulis perkataan yang baru dan prosedur di atas diulang. Perkataan-perkataan daripada ' Learn A Word A Day ' dan ' Walking Dictionary' didokumentasikan di dalam sebuah buku khas, dan disemak oleh guru Bahasa Inggeris dari masa ke semasa