PERANCANGAN KOKURIKULUM

1. PERSATUAN / KELAB DAN SUKAN

1.1

Persatuan pakaian seragam

1.2

Persatuan Akademik

1.3

Pasukan Sekolah - Permainan dan Olahraga

2. MATLAMAT

2.1

Melahirkan warganegara yang baik dan sayangkan negara

2.2

Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan diri

2.3

Melahirkan pelajar yang sihat sama ada jasmani atau rohani

2.4

Melahirkan pelajar yang boleh berdikari , bersahsiah tinggi dan bertatasusila

3. OBJEKTIF

3.1

Menyedarkan pelajar betapa pentingnya persatuan atau kelab

3.2

Menggalakkan pelajar bekerja dalam satu kumpulan

3.3

Mewujudkan perasaan muhibbah dan berbaik-baik serta kenal-mengenal di antara satu sama lain

3.4

Untuk melahirkan golongan yang tahu menggunakan masa terluang dengan berfaedah

3.5

Mengembangkan bakat-bakat semulajadi atau dicipta

3.6

Mendedahkan kepada pelajar-pelajar sifat-sifat menjadi pemimpin

4. PERSATUAN AKADEMIK

4.1 Matlamat

4.1.1

Untuk melahirkan ahli yang bersahsiah tinggi dan bertatasusila serta diterima masyarakat

4.1.2

Faham dan berkebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi persatuan

4.1.3

Memupuk minat murid melalui aktiviti yang lebih praktikal seperti permainan bahasa, kuiz dan sebagainya

4.1.4

Mencungkil bakat terpendam di kalangan ahli dengan adanya pertandingan yang diadakan

4.2 Strategi

4.2.1

Menyediakan perancangan tahunan yang terperinci

4.2.2

Merekod kehadiran murid

4.2.3

Tunjuk ajar dari guru penasihat dan penceramah akademik

4.2.4

Menilai gerak kerja yang dijalankan dan merekodkan kemajuan yang dicapai murid

4.2.5

Mengadakan pertandingan di peringkat persatuan, kelas dan sekolah

5. PERSATUAN BERUNIFORM

5.1 Matlamat

5.1.1

Melahirkan bakal-bakal ketua dan pemimpin

5.1.2

Memberikan pengetahuan yang secukupnya berhubung bidang yang diceburi

5.1.3

Sedia berkhidmat secara sukarela

5.2 Strategi

5.2.1

Melahirkan ahli pasukan yang bermutu, cergas, cekap, berdisiplin dan bermoral tinggi

5.2.2

Mempunyai ahli yang sedia berkhidmat, terlatih dan mempunyai sifat kepimpinan

5.2.3

Melahirkan kecemerlangan di kalangan ahli-ahli persatuan

5.2.4

Mengatur program aktiviti yang prograsif sepanjang tahun

5.2.5

Mengadakan pasukan pelapis

5.2.6

Guru-guru pemimpin dihantar berkursus untuk menambah pengetahuan di dalam bidang ini

6. SUKAN DAN PERMAINAN

6.1 Matlamat

6.1.1

Melahirkan pelajar yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal

6.1.2

Memupuk semangat kerjasama, toleransi dan berdisiplin di kalangan murid

6.1.3

Melahirkan pemain yang mempunyai kemahiran khusus dalam permainan yang diminati

6.1.4

Mewujudkan pasukan sekolah yang bermutu

6.2 Strategi

6.2.1

Membuat perancangan takwim permainan sepanjang tahun

6.2.2

Membentuk pasukan sekolah / pasukan pelapis lebih awal

6.2.3

Mengadakan program latihan yang bersistematik dan berterusan

6.2.4

Menyediakan kemudahan peralatan