1.
Mukadimah
|
Malaysia sedang melangkah ke
arah status negara maju. Untuk mencapai matlamat ini, banyak
tenaga pekerja yang mahir khususnya dalam bidang sains dan
teknologi diperlukan sebagai penyumbang dan penggerak kepada
pembangunan negara. Oleh itu perlulah membentuk warganegara
yang kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya
sains dan teknologi. Kita juga akan menerapkan semangat
ingin tahu, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan
berdasarkan fakta yang nyata serta menghargai sains dan
teknologi. Memandangkan matlamat Kementerian Pendidikan
mencapai penyertaan 60 - 40 pelajar sains kepada bukan
sains, pihak sekolah sedang menyusun satu program untuk
menanamkan minat dalam sains dan seterusnya meningkatkan
prestasi pencapaian dalam mata pelajaran sains. Dengan
program ini diharapkan semua murid meminati sains dan celik
dalam sains setelah ke sekolah menengah kelak.
|
2.
Matlamat
|
Melahirkan murid yang dapat
memahami dan meminati sains dan seterusnya membentuk budaya
sains dan teknologi dan melahirkan murid yang berfikiran
kreatif dan kritis.
|
3.
Objektif
|
3.1
|
Meningkatkan minat
murid-murid terhadap mata pelajaran
Sains
|
3.2
|
Meningkatkan
prestasi pelajaran Sains di dalam UPSR
|
3.3
|
Menggunakan
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis dan Kemahiran
Saintifik dalam pengajaran dan
pembelajaran
|
3.4
|
Menggalakkan
pendekatan inkuiri yang menegaskan pembelajaran
melalui pengalaman
|
3.5
|
Menjadikan mata
pelajaran Sains sebagai mata pelajaran merentasi
kurikulum
|
3.6
|
Memupuk sikap ingin
tahu tentang alam sekeliling dan perkembangan dunia
teknologi
|
3.7
|
Memupuk dan
memperkembangkan bakat murid yang berdaya reka dan
memandang jauh ke hadapan
|
|
4.
Kumpulan Sasaran
|
Semua murid terutama Tahap
2
|
5. Tempoh
Pelaksanaan
|
Sepanjang tahun dan
berterusan
|
6. Cara
Pelaksanaan
|
6.1
|
Melengkapkan Taman
Sumber Sains
6.1.1
|
Menambahkan
contoh tumbuhan seperti jenis herba,
ulam-ulam dan sayuran
|
6.1.2
|
Penjagaan
kolam ikan
|
6.1.3
|
Aviari
|
|
6.2
|
Maklumat sains di
papan buletin
6.2.1
|
Mendapatkan
artikel dari suratkhabar, majalah, dan
poster
|
6.2.2
|
Mempamerkan
hasil kerja murid
|
|
6.3
|
Bilik
Sains
3.1
|
Penggunaan
Bilik Sains secara teratur
|
3.2
|
Menggalakkan
dan mengaplikasi kaedah-kaedah Kemahiran
Proses Sains dengan betul
|
3.3
|
Penggunaan
alatan dan Radas Sains
|
|
6.4
|
Menyertai aktiviti
seperti kuiz, pertandingan poster dan buku skrap (
anjuran sekolah mahupun Jabatan Pendidikan Melaka
)
|
6.5
|
Mengadakan Minggu Sains - penglibatan semua
murid Tahap 2 melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan
6.5.1
|
Kuiz antara kelas
|
6.5.2
|
Kuiz terbuka untuk semua murid
|
6.5.3
|
Ceramah
|
|
6.6
|
Mengadakan lebih banyak projek sains seperti
kajian lapangan, kuiz, puisi sains, folio sains dan
lain-lain
|
6.7
|
Mempertingkatkan lagi interaksi antara guru
dengan murid supaya pengajaran dan pembelajaran
sains menjadi lebih menarik
|
6.8
|
Mengadakan Projek Khas " Sains dan Teknologi
Menuju Ke Alaf Baru "
|
|
7. Sumber
Kewangan
|
7.1
|
Peruntukan kewangan PCG Sains dan Matematik
|
7.2
|
Derma orang perseorangan
|
|
8.
Penilaian
|
8.1
|
Pertandingan kuiz
|
8.2
|
Pertandingan Buku Skrap
|
8.3
|
Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan
Melaka
|
8.4
|
Penyemakan rekod
|
|